‘Utusan Cinta Buat Adam’, ‘Pink Smile’ dan ‘Life Lila’ antara naskhah terawal yang dibintangi oleh wanita berusia 26 tahun ini. Namun siri ‘Perempuan Itu’ berjaya membuktikan bakat yang dimiliki Siti Hariesa sekaligus menyakinkan lebih banyak penerbit mahupun pengarah menyuntingnya.
Drama ‘Perempuan Itu’ benar-benar berjaya membuat perhatian teralih kepada Siti Hariesa. Gandingan bersama aktor dan aktres berpengalaman seperti Zul Ariffin dan Mimi Lana ternyata berjaya merangsang prestasi bakatnya sebagai seorang aktres. Jika dinilai dari fizikal, Hariesa memiliki pakej yang memenuhi kriteria seorang heroin. Tinggi, langsing, dan berwajah menarik. Dan dia melengkapkan pakej kurniaan Tuhan itu dengan bakat dan usaha untuk memantapkan kualiti diri sebagai seorang aktres generasi masa kini yang mampu menjadi pelapis kepada barisan pelakon berkaliber tanah air.
Boleh ceritakan bagaimana Hariesa mendapat peluang untuk menjadi pelakon?
Saya pergi ke uji bakat Drama Festival Kuala Lumpur DFKL, dan saya sebenarnya tak merancang pun. Ia bermula apabila saya mendapat tahu DFKL datang ke universiti saya untuk roadshow. Habis kelas saya terfikir to check it out, tapi kalau hendak masuk ke dewan untuk melihat roadshow saya perlu mendaftar. Saya fikir kalau setakat daftar tak bermaknan saya perlu jalani uji bakat. Tapi, the faccies dragged me to where the contestant where sitting. Bila saya duduk saya mula sedar yang saya kena sertai juga uji bakat. Saya teks kawan-kawan dan tanya what should I do, semuanya suruhs aya menangis kerana saya seorang cry baby pada waktu itu. Saya teruskan saja, shoot my shot dan lulus untuk pusingan pertama, dapat panggilan untuk pusingan kedua dan lulus semua ujian.
Apa yang boleh Hariesa imbas pengalaman berada di set penggambaran buat kali pertama?
I was cluelss. Dulu saya memang tak berapa pandai bagaimana untuk berhadapan atau approach orang, saya sangat malu. And funny thing, karakter pertama yang diberikan kepada saya ialah sebagai hantu. Ia bukan watak hantu yang menakutkan but it was interesting to play.
Apa cabaran besar seseorang pelakon selain untuk menghidupkan satu-satu watak yang dibawa?
Bermain dengan emosi. Kita perlu selam ke dasar satu-satu karakter dan itu sebenarnya yang sukar untuk dilakukan. Some people never really experience such emotions like the characters. Tapi ini satu cabaran yang bagus untuk kita sebagai pelakon untuk menyelam dan belajar untuk mengawal satu-satu emosi.
Siapa idola Hariesa dalam dunia lakonan, dan mengapa?
Saya menonton banyak filem atau siri tapi jujur saya katakan saya tak pernah terfikir siapa idola saya. Tapi andai kata diminta memilih seorang, mungkin Margot Robbie kerana dia boleh hidupkan karakter menjadi real dan saya selalu merasa takjub melihat dia melakonkan babak menangis. Itu antara satu perkara yang masih saya cuba pelajari.
Siapakah pelakon seangkatan yang Hariesa rasakan punya potensi besar?
Bukan sebab dia kawan baik saya, but I would say Siti Khadijah. Saya percaya dia punya banyak potensi untuk ditawarkan kepada industri dan penggemarnya.
Selain bakat, adakah populariti itu penting untuk menjadi seorang pelakon yang berjaya?
Bagi saya bila kita terlibat dalam banyak projek, kita akan lebih dikenali. Tetapi dengan populariti dan rezeki, akan datang banyak peluang. Gol utama saya di dalam industri ini hanya mahu dikenali sebagai seorang aktres berbakat.
Apa pendapat anda bila orang sudah skeptikal dengan corak drama Melayu; anak orang kaya, kahwin dengan orang miskin dan sebagainya? Apa caranyan untuk merubah persepsi ini?
We just need new fresh storytellers with fresh ideas. Tetapi drama Melayu yang dengan penceritaan yang sama itu jugalah yang digemari penonton. In general, people just like exagerations.
Apakah impian lain anda selain menjadi seorang pelakon yang berjaya?
Bunyinya mungkin klise, saya hanya ingin menjadi diri saya sampai ke akhirnya. I don’t need to be more than anyone else. Saya gembira di mana saya berada hari ini dan saya mahu ia kekal sebegini.
Apakah nasihat terbaik yang pernah diberikan kepada Hariesa, dan bagaimana atau sejauh mana Hariesa mengaplikasi nasihat tersebut dalam kehidupan sendiri?
Allah will take something bad from you, and give you something better. Saya sudah banyak menjalani peristiwa yang tak menyenangkan, I learned it’s okay to let go of something that you think will benefit you but it does not in the end. I lived with these words ever since i stepped out of high school.
Apa falsafah hidup anda?
Falsafah hidup saya mudah, capai apa yang saya mahu dan bantu orang yang memerlukan. Insya-Allah.
Apa yang ingin dicapai sebelum usia menjengah 30 tahun?
Memiliki kereta dan rumah sendiri. Dan insya-Allah berkahwin, of course (ketawa).