Hanya selepas 12 jam akaun Gong Yoo dilancarkan, ia telah pun meraih 1.1 juta pengikut dari seluruh dunia.
Pelakon Goblin itu berkongsi foto seekor sotong di dalam pinggan menerusi hantaran pertamanya, simbolik penampilan istimewanya dalam siri Netflix popular, Squid Game. Sehingga kini ia telah mendapat hampir setengah juta tanda suka.
Selepas satu jam, dia memuat naik pula foto dirinya menyarung jersi bola keranjang bernombor 30 berserta namanya sendiri, Gong yang berjaya meraih lebih 700,000 tanda suka.
Buat masa ini dia hanya mengikuti akaun agensi pengurusannya, manakala beberapa selebriti Korea popular seperti Bae Suzy antara yang pertama menjadi pengikutnya.