Pengasas Rhode Beauty itu menambah, serangan strok mini adalah perkara paling menakutkan yang pernah terjadi dalam hidupnya.
Katanya, dia berada di Palm Springs ketika kejadian itu berlaku pada Mac lalu dan kembali ke kawasan tersebut — walaupun sekadar untuk menghadiri rakaman podcast — adalah sesuatu yang menggetarkan buat dirinya.
“Kali pertama kembali ke Palm Springs selepas serangan itu mencetuskan kegelisahan dalam diri saya kerana saya masih ingat dengan jelas bagaimana segala-galanya berlaku ketika itu. Tetapi jika dilihat dari sudut positif, lubang dalam jantung saya berjaya dikesan disebabkan serangan itu,” ujarnya.
Kini Hailey perlahan-lahan mula menikmati kembali kehidupannya tanpa memikirkan kemungkinan yang boleh berlaku terhadap kesihatannya di masa hadapan.
