“Saya mengimbas kembali pengalaman itu dan menyedari ia mungkin menjadi lebih teruk. Banyak perkara lebih buruk boleh berlaku pada masa itu,” tambahnya.
Selepas sebulan dimasukkan ke hospital akibat angin ahmar dan menjalani beberapa ujian, isteri Justin Bieber disahkan menghidap patent foramen ovale (PFO) iaitu lubang kecil di antara dua ruang atas jantung, atrium kanan dan kiri, yang melepaskan darah beku ke otak.
Disebabkan itu dia terpaksa menjalani pembedahan bagi menutup lubang tersebut yang menurutnya bersaiz sekitar 12 hingga 13 milimeter.
“Perkara yang membuatkan saya berasa sangat lega adalah kami dapat mengatasi masalah ini dan menutup lubang tersebut. Juga apabila saya dapat keluar daripada situasi yang sangat menakutkan ini dan terus menjalani hidup seperti biasa,” ujarnya.
Baca: Justin Bieber Dituduh Menengking Hailey Baldwin Di Sebuah Parti