Penyanyi ini mengakui pernah mengalami keguguran sebanyak tiga kali sepanjang hidupnya akibat endometriosis, gangguan pembiakan yang menjadikan proses kehamilan sukar atau dalam kes teruk, mustahil. Kata Halsey, keadaan ini sangat menyakitkan dan menyedihkan.
Dalam lagunya yang bertajuk More, dia menceritakan keinginan untuk memiliki cahaya mata dan mengakui keluarga sangat penting buatnya.
Ketika dia sedang bekerja untuk projek tersebut, pakar sakit puan mengumumkan satu berita gembira. Dengan rawatan dan perubahan gaya hidup yang lebih sihat, dia boleh bergelar ibu.