April tahun yang sama, mogul kecantikan ini mengubah fikiran dan menyatakan dia menginginkan tujuh anak ketika sesi langsung bersama Stassie Karanikolaou di Instagram.
“Saya mahu memiliki tujuh anak, namun sekarang bukan waktu yang tepat.” Tambahnya, kehamilan sesuatu yang serius dan sukar, malah dia sendiri belum bersedia.
Namun dia mengubah pendirian Oktober tahun lalu apabila menyatakan tidak sabar mahu menimang seorang lagi cahaya mata dan sering berfikir mengenainya. Malah dia berusaha setiap hari untuk mempersiapkan diri dan menjadi ibu yang terbaik.