Kala berlangsungnya satu temu bual bersama media menerusi panggilan video dua minggu lalu, bintang berusia 27 tahun ini menyentuh tentang adegan ranjang bersama pelakon gandingannya, Ahn Bo Hyun.
“Pada awalnya saya tertanya, ‘Adakah ini okey?’ kerana beranggapan ia mungkin akan mengalih perhatian daripada keseluruhan jalan cerita dan ‘mengganggu’ misi Ji Woo.
“Tetapi selepas berbincang dengan penulis skrip dan pengarah, saya menerimanya sebagai babak di mana Ji Woo menunjukkan sisi kemanusiaan yang ada dalam dirinya,” ujar Han.