Jelasnya sebelum itu, dia mendapat tahu mengenai babak intim itu setelah sesi penggambaran dimulakan.
Kenyataan Han menjadi topik perbualan hangat peminat di media sosial. Ramai tertanya-tanya adakah pelakon ini diberi tekanan di lokasi penggambaran untuk menjayakan adegan ranjang tanpa pengetahuan dan kerelaannya sendiri.
Disebabkan salah faham yang timbul, agensi perngurusannya iaitu 9ato Entertainment mengeluarkan satu kenyataan rasmi untuk menjelaskan perkara sebenar di sebalik komen Han.