“Kami ingin menjernihkan kekeliruan mengenai isu yang mengatakan adegan intim dalam siri My Name dilakukan tanpa kerelaan dan pengetahuan pelakon. Semua babak yang dijayakan mendapat persetujuan pengarah, penulis skrip, barisan pelakon dan kru yang terlibat.
“Babak tersebut dibincang pada peringkat pra-produksi dan kesamua pelakon tahu kemungkinan akan ada adegan intim untuk menunjukkan perubahan emosi Ji Woo.
“Skrip masih belum siap ditulis ketika itu, justeru pihak produksi dan pelakon bersetuju untuk membuat keputusan sewaktu penggambaran. Adegan itu kemudian diteruskan setelah mendapat persetujuan semua.
“Kami tahu betapa kru dan pelakon berkerja keras untuk menjayakan projek ini, justeru kami mengambil langkah untuk menjelaskan isu yang timbul. Kami berharap agar spekulasi dan salah faham ini dihentikan serta-merta.”
Foto: Instagram