Akhirnya persoalan mengenai rumah tangga Hanez Suraya dan suami terjawab pabila dia menyatakan yang mana rumah tangganya masih bahagia dan kekal bersama.
Penjelasan Hanez itu boleh dilihat menerusi akaun Instagram miliknya. Hanez memuat naik sekeping gambarnya bersama suaminya berserta kapsyen yang menjelaskan hubungannya bersama suami iaitu Romie Razin Adilha Abd Rais.
Menurut kapsyen tersebut, dia menerangkan yang mana mereka hanyalah manusia biasa yang semestinya tidak boleh lari dari melakukan sebarang kesalahan.
Namun, jelasnya dia dan suami masih lagi bersama dan bahagia serta menyatakan yang mana tiada apa-apa yang berlaku kepada rumah tangga mereka.
Akuinya lagi, mereka cuba untuk menyelesaikan masalah bersama dan dia turut meminta supaya tiada sebarang spekulasi lain yang ditokok tambah dari mana-mana pihak.
Laporan mengenai Hanez memfailkan penceraian mula tersebar baru-baru ini pabila sekeping gambar yang bertulis akan nama plaintif dan defendan iaitu Hanez Suraya dan Romie di mahkamah syariah.
Namun, Hanez tidak menghadirkan diri mahkamah, sebaliknya hanya mewakili peguamnya. Menerusi gambar yang dimuat naik oleh Hanez, pada masa yang sama dia turut meminta maaf kerana mengambil langkah mendiamkan diri sebelum ini.
“Saya ingin memohon maaf kepada semua pihak sekiranya saya mengambil langkah untuk berdiam (diri). Berdiam bukan bermaksud saya mengiyakan atau menafikan, cuma mahu mengambil masa mencari ruang untuk menenangkan diri. Syukur alhamdulillah, suami saya sentiasa tenang di atas apa yang berlaku ini. Terima kasih di atas sokongan kuat daripada pihak keluarga, rakan rapat, media dan peminat yang sentiasa memberi semangat serta mendoakan yang baik-baik buat kami,” tulisnya.