Oleh: Farhana Fuad
Gambar: TPGimages
Rancangan bual bicara tv, Radio Star dengan episod terbaru ada kejutan buat peminat dunia K-pop. Hani EXID mengambil keputusan untuk tampil pada episod tersebut untuk mejelaskan perihal perhubungannya bersama Junsu JYJ.
Ianya menarik perhatian ramai apabila Hani membuat pengakuan akan perhubungannya denga Junsu baru-baru ini. Hani turut kelihatan gementar ketika sesi rancangan tersebut.
Penyanyi manis berusia 24 tahun ini memulakan bicara dengan, “Sejujurnya saya takut,” yang menyatakan dirinya terpaksa memohon maaf kepada ahli kumpulannya yang lain kerana terpaksa memaklumkan berita tersebut ketika kariernya sedang memuncak.
Katanya lagi, “Saya rasa ianya biadap jika saya tidak membuat kenyataan apa-apa kepada peminat. Jadi saya mengambil keputusan untuk tampil di show ini.”
Biarpun Hani ditujukan dengan soalan yang agak straightforward, Hani kekal tenang dan menjawab segala pertanyaan dengan baik dan teliti.
Kala ditanya mengenai tarikan pada Junsu, 29, Hani menjawab “Dia seorang yang saya hormat dan sentiasa mempunyai tenaga yang positif.”
Hani turut mengakui yang dirinya terlalu bimbang ketika mula bertemu janji bersama Junsu. Baginya, ianya bukanlah masa yang sesuai untuk dirinya mula berhubungan istimewa bersama seseorang, tetapi dirinya tidak boleh menafikan yang hatinya sudah mula jatuh hati pada Junsu yang sentiasa memberikan pandangan dan nasihat kepada dirinya.
Hani juga menjawab segala soalan dengan jujur dan penuh hormat demi mengurangkan tekanan akan Junsu dalam setiap soalan. Keikhlasan dan kejujuran Hani membuatkan peminat gembira kepada kenyataannya.
Pasangan ini berkenalan melalui rakan selebriti Lee Doo Hee yang Hani kenali ketika menjayakan rancangan Dream Team satu ketika dulu. Lee Doo Hee yang rapat dengan Junsu mengaturkan pertemuan mereka dan dilaporkan pasangan ini sudah kerap berjumpa sejak beberapa bulan lalu dan telah mengumumkan percintaan mereka secara rasmi pada 1 Januari 2016.
Dan dalam rancangan yang sama, Hani turut mengakui bahawa dia adalah peminat Junsu sejak zaman persekolahan lagi bersama rakan baiknya yang juga peminat tegar Junsu. Malah dia turut menceritakan bahawa kawannya itu kecewa bila mendapat tahu dia kini berpacaran bersama idola mereka.