Gambar: Instagram Hanis Zalikha dan Hairul Azreen
Tanggal 22 Mac adalah tarikh istimewa buat pasangan selebriti yang sama cocok sama padan ini di mana berlangsungnya majlis pertunangan Hanis Zalikha dan Hairul Azreen. Melalui akaun Instagram milik Hairul, dia menyatakan bahawa tiga bulan dia merancang untuk melamar Hanis di Gegar Vaganza, tiga bulan selepas itu pula adalah hari pertunangan mereka iaitu pada 22 Mac lepas dan dikatakan lagi tiga bulan mendatang adalah majlis pernikahan mereka yang dirancangkan.
Majlis pertunangan tersebut dihadiri oleh ahli keluarga Hairul. Namun, Hairul tidak menghadirkan diri ke majlis tersebut, hanya berwakilkan rombongan keluarganya sahaja untuk mengikat serta menyarungkan cincin ke jari Hanis. Majlis tersebut berlangsung di kediaman keluarga Hanis Zalikha di Bukit Jelutong, Shah Alam.
Dikhabarkan majlis pernikahan mereka akan berlangsung pada 5 Jun 2015, manakala pada 14 Jun 2015 adalah hari persandingan mereka yang akan mengambil tempat di Hotel Majestic, Kuala Lumpur.