“Saya mohon maaf kepada anda semua terhadap apa yang telah saya lakukan selama ini. Mungkin ada yang kecil hati, tersalah cakap dan sebagainya, ada dendam yang tersimpan selama ini, maafkan saya. Ini bukan cerita sedih atau dongeng, tetapi hakikatnya saya takut azab Allah. Apabila meninggal dunia nanti, saya akan dihisab,” tulisnya.
Hafiz turut meminta 801 ribu pengikutnya di Instagram untuk sentiasa berdoa jika menghadapi masalah.
“Saya tidak minta lebih cuma doakan yang baik, bermodalkan lima minit sahaja. Jika ada masalah, solat dua rakaat dan mintalah kepada Allah. Jangan berharap pada makhluk. Insya-Allah bila hati tenang, pasti akan jumpa solusinya.”