Selain kapsyen panjang lebar, tubuhnya yang kelihatan susut juga membimbangkan netizen.
“Kenapa kurus sangat ni?,” tanya seorang peminat, manakala seorang lagi menambah, “Semakin kurus, semoga sihat selalu dan sentiasa dalam lindungan Allah.”
Ini bukan kali pertama fizikal Hafiz menjadi perbualan hangat. Dua tahun lalu, dia turut mencetuskan panik di kalangan peminat apabila berkongsi foto tubuhnya yang kelihatan susut.