Karya terbaharu Keanu Reeves, John Wick: Chapter 4 telah pun ditayangkan di layar perak dan meraih sambutan menggalakkan daripada peminat seluruh dunia.
Filem arahan Chad Stahelski ini dilaporkan menelan belanja sebanyak RM398 juta. Seperti dijangka, Keanu Reeves yang menggalas watak utama John Wick menerima bayaran tertinggi antara semua barisan pelakon. Malah ini merupakan bayaran tertinggi yang pernah diterimanya sepanjang kerjaya.
Seperti yang dilaporkan flickonclick, aktor berusia 59 tahun itu memperoleh sebanyak RM66.3 juta untuk penglibatannya dalam John Wick: Chapter 4. Ini menjadikannya antara bayaran paling tinggi yang diraih pelakon untuk projek Hollywood.
Umum mengetahui filem kali ini menampilkan kurang dialog daripada Keanu Reeves berbanding tiga filem sebelumnya atas permintaan pelakon itu sendiri. Dia hanya melontarkan 380 perkataan dan dibayar sebanyak RM66.3 juta, bermakna RM174.50 untuk setiap patah perkataan. Dialog terpanjangnya adalah “My friend, you and I left the good life behind us a long time ago.” Untuk sebaris ayat ini sahaja dia memperoleh sebanyak RM2,617.