Bayaran Barisan Pelakon John Wick: Chapter 4
Selain bayaran yang diterimanya, jurang gaji Keanu Reeves dengan pelakon lain juga amat mengejutkan. Laurence Fishburne yang menggalas watak Bowery King memperoleh kurang sepuluh kali ganda daripada bintang Speed itu, iaitu hanya kira-kira RM6.6 juta. Ian McShane yang merupakan salah satu aset filem itu pula hanya dibayar RM3.1 juta.
Mendiang Lance Raddick tidak begitu dikenali dalam industri, bagaimanapun persembahannya dalam John Wick meraih pujian ramai. Dalam Chapter 4, dia menerima bayaran sebanyak RM2.2 juta untuk watak Charon. Rina Sawayama yang menggalas watak Akira membawa pulang RM1.8 juta, menjadikannya pelakon wanita dengan bayaran tertinggi dalam filem itu.
Apa yang nyata, aktor yang memainkan watak penjahat dalam filem itu menerima bayaran paling rendah antara semua pelakon. Donnie Yen dan Shamier Anderson masing-masing menerima hanya RM1.3 juta untuk peranan sebagai Caine dan Tracker. Bill Skarsgard pula hanya memperoleh RM881,000 untuk watak Marchese de Gramont.
Keanu Reeves dilaporkan menerima sekitar RM4.4 juta hingga RM8.8 juta untuk John Wick pertama yang ditayangkan pada 2014. Untuk filem kedua (2017) dan ketiga (2019), dia memperoleh antara RM8.8 juta hingga RM11 juta bagi setiap filem.
Baca: Keanu Reeves Berkongsi Watak Adi Wira Marvel Idamannya