Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-34 yang berlangsung hujung minggu lalu menyaksikan Haqiem Rusli dinobatkan sebagai Penyanyi Lelaki Popular Xiaomi.
Kala memberi ucapan kemenangan di atas pentas, Haqiem sempat membuat kejutan dengan mengumumkan majlis perkahwinannya yang bakal berlangsung Jumaat ini di Cyberjaya.
“Insya-Allah saya akan mendirikan rumah tangga pada 19 November ini. Saya mohon doa yang baik-baik daripada anda agar semuanya berjalan dengan lancar,” ujarnya.