Jelas penyanyi berusia 24 tahun itu, majlis pernikahan dan resepsi akan dilangsungkan pada hari yang sama secara sederhana.
“Saya dan pasangan akan bernikah pada waktu petang sebelum melangsungkan majlis resepsi kecil-kecilan pada sebelah malam.
“Saya memohon maaf sekiranya ada yang tidak menerima jemputan memandangkan kami terpaksa mematuhi prosedur operasi standard dengan mengehadkan jumlah tetamu,” tambahnya.