Majlis siraman Al Ghazali baru-baru ini bukan sekadar menyentuh emosi, tetapi turut memikat mata ramai apabila ibunya, Maia Estianty tampil begitu memukau dalam persalinan kebaya klasik lengkap dengan set perhiasan mewah bertatahkan batu permata blue sapphire.
Penampilan elegan Maia Estianty di hari istimewa anak sulungnya bersama Ahmad Dhani ini menjadi bualan hangat di media sosial, apatah lagi apabila netizen menyedari kilauan biru dari lehernya bukan sekadar aksesori biasa.
Menurut laporan media Indonesia, set perhiasan yang dikenakan Maia dipercayai dari jenama mewah Bvlgari, lengkap dengan rantai leher, gelang tangan, anting-anting dan kerongsang yang kesemuanya disusun indah menggunakan Burmese blue sapphire “no heat” bersama berlian potongan sempurna. Menurut spekulasi, berat keseluruhan batu permata mencecah 89.5 karat.
Dianggarkan Lebih RM3 Juta
Walaupun tiada angka rasmi diumumkan, sumber menganggarkan nilai set perhiasan tersebut boleh mencecah lebih Rp10 bilion sekitar RM3 juta bergantung kepada ketulenan, saiz serta kualiti batu safir dan berlian yang digunakan. Malah, pelakon Syifa Hadju turut berseloroh dalam vlog YouTube ALElDul TV
“Bagus banget kalungnya, lebih ke pressure ya aku bawa rumah nih kayaknya di badan” – Syifa Hadju
Tidak dinafikan, Maia Estianty benar-benar mencuri perhatian sebagai ibu pengantin. Sentuhan klasik kebaya dan sanggul yang digayakan dipadankan dengan sentuhan moden menerusi perhiasan bernilai tinggi, menjadikan dia tampak seperti permaisuri di hari penuh bermakna itu. Siapa sangka, majlis siraman Al Ghazali turut menjadi pentas ‘fashion statement’ buat ibunya, Penampilan anggun dan mewah itu bukanlah sesuatu yang asing bagi Maia, apatah lagi dia kini bergelar isteri kepada seorang tokoh korporat ternama.
Seperti yang diketahui, Maia Estianty telah menikah buat kali kedua pada tahun 2018 dengan Irwan Mussry, seorang ahli perniagaan berjaya yang juga Presiden dan CEO Time International, syarikat yang mewakili pelbagai jenama mewah antarabangsa di Indonesia seperti Rolex, Cartier, Dior, hingga Bvlgari sendiri.
Jadi tidak hairanlah jika gaya dan aksesori yang digayakan Maia hadir dengan kelas tersendiri. Kehidupan barunya bersama Irwan Mussry sememangnya mencerminkan gaya hidup eksklusif dan elegan namun tetap sederhana dalam bicara dan perilaku. Pasangan ini juga sering menjadi tumpuan di pelbagai acara fesyen, gala, serta aktiviti amal berprofil tinggi. Melihat kepada aura dan karisma yang dibawakan Maia di majlis siraman Al Ghazali, ramai yang memuji bagaimana dia kekal menjadi figura ‘ikonik’ bukan sahaja sebagai ibu kepada tiga anak lelaki, malah sebagai simbol wanita moden yang kuat dan elegan.
Artikel Berkaitan: Al Ghazali Selamat Bernikah Dengan Alyssa Daguise