Oleh: Farhana Fuad
Gambar: TPGimages
Minggu lalu bermulanya sesi persekolahan tahun baru. Kali ini, Putera George juga buat pertama kalinya memasuki alam persekolahan. Menurut sumber media antarabangsa, Putera George memulakan sesi persekolahan pertamanya di Westacre Montessori School di Norfolk.
Putera George mengenakan baju panas berona biru navy bersama beg sandang berona biru laut. Nurseri yang Putera George sertai ini terletak berdekatan dengan kediaman keluarga diraja di Anmer Hall, tidak jauh dari estet Queen Sandringham.
Putera George merupakan keturunan ke-3 di bawah takhta selepas datuknya, Putera Charles dan bapanya, Putera William. Putera George akan menghadiri nurseri ini sementara ibubapanya tinggal di Anmer Hall buat seketika. Bagaimanapun, putera comel ini tidak akan menghadiri ke pusat ini jika mereka berada di Istana Kensington di London.
Nurseri yang dihadiri oleh Putera George ini terletak di bangunan bekas gereja serta mengambil kos £5.50 sejam. Sementara generasi lama kerabat Diraja British tidak diwajibkan untuk menghadiri ke nurseri, Putera George mengikut jejak langkah bapanya, Putera William pernah dihantar ke sebuah nurseri eksklusif berdekatan Istana Kensington oleh mendiang ibunya, Puteri Diana, yang juga pernah bekerja di sebuah nurseri sebelum berkahwin dengan Putera Charles.
Sekolah Montessori terkenal dengan pembelajarannya yang liberal, di mana mempunyai kelas yang bercampur dari segi umur murid serta menggalakkan kanak-kanak untuk menjadi seorang yang berdikari.
Jika Putera William dulu membesar dikelilingi kamera serta jurugambar ketika berada di sekolahnya di London. Tetapi tidak bagi Putera George yang mana satu-satunya kamera yang merakam momen-momen hari pertamanya di sekolah adalah dari lensa ibunya, Kate Middleton.