Meskipun sudah menjulang nama Malaysia di pentas antarabangsa sebagai juara di pentas pertandingan komedi antarabangsa, Funniest Person In The World, Harith Iskander tidak terlepas dari kritikan netizen dek kerana kenyataannya yang mengucapkan ucapan terima kasih pada warga Johor.
Tidak dinafikan yang Harith sememangnya gembira dan bersyukur atas kejayaan yang dirangkulnya itu. Kegembiraannya sehinggakan dia memuat naik ucapan terima kasih beberapa kali di akaun Instagram miliknya kepada mereka yang sentiasa menyokong kariernya.
Namun, menerusi salah satu post yang dimuat naik oleh Harith telah pun disalah ertikan pabila pelawak itu mengucapkan ucapan terima kasih khusus pada bangsa Johor.
Menerusi post tersebut, Harith sempat bercerita tentang bagaimana masyarakat di Johor menerima kehadiran ibunya yang merupakan seorang warga Britain ketika baru sahaja menjejakkan kaki di Malaysia pada tahun 1962. Kemudiannya Harith turut berterima kasih kepada peminatnya di Johor.
Disebabkan tindakan tersebut, ada segelintir pihak di laman sosial yang kurang senang dengan post tersebut kerana menyatakan ibarat Harith tidak memandang ucapan terima kasih warga Malaysia yang lain yang juga menyokong serta mengundinya untuk menang di pertandingan tersebut.
Berikutan perkara tersebut, Harith secara profesional menjelaskan tentang post berkenaan kepada peminatnya di akaun Instagram miliknya.
Di dalam penjelasan Harith tersebut menyatakan yang mana mungkin ada yang tidak sempat baca post nya sebelum itu yang mana dia telah pun mengucapkan ucapan terima kasih pada semua orang yang tak henti menyokong dia selama ini.
Jelasnya lagi yang mana post ‘Bangsa Johor’ tersebut ditulis khusus untuk sahabat blogger, orang berpengaruh dalam media sosial dan pihak media dari Johor yang turut menyokongnya dari belakang tabir sejak pertandingan itu dimulakan.
Dalam masa yang sama, Harith turut menyatakan yang mana dia menggunakan stand up comedy sebagai ruang untuknya menyatukan orang ramai dan tiada niat untuk memecah belahkan warga Malaysia pula.
Harith turut memohon maaf jika kenyataannya itu membuatkan orang salah faham dan menampakkan seolah dia berat sebelah kepada warga Johor berbanding peminatnya yang lain.
Dia turut merancang untuk mengadakan majlis kenduri serta makan-makan untuk mereka yang sentiasa menyokongnya dengan tujuan untuk berterima kasih dengan sepenuh hati.