Rakan selebriti yang juga dari Britain, Adele memegang rekod keseluruhan apabila lagu popularnya, Easy On Me yang dilancarkan pada Oktober 2021 meraih 19.7 juta strim dalam masa 24 jam.
As It Was yang dilancarkan pada 1 April distrim lebih 16 juta kali dan menjadi lagu nombor satu di 34 buah negara termasuk Australia dan Emiriah Arab Bersatu.
Di Amerika Syarikat, ia berjaya mengatasi lagu Driver’s License oleh penyanyi Filipina-Amerika, Olivia Rodrigo sebagai lagu paling distrim di negara itu pada hari pertama pelancaran dengan 8.3 juta strim.