As It Was merupakan lagu pertama daripada album terbaharunya, Harry’s House yang bakal dilancarkan pada 20 Mei akan datang.
Ia merupakan album ketiganya selepas meninggalkan kumpulan One Direction dan memulakan kerjaya sebagai penyanyi solo. Album pertamanya berjudul Harry Styles dilancarkan pada 2017 manakala album keduanya, Fine Line menemui peminat dua tahun kemudian.
Video muzik As It Was yang berinspirasikan gaya tahun 1970-an telah meraih 2.9juta tontonan di YouTube setakat ini. Diarahkan oleh Tanu Muino, ia menampilkan Harry dalam persalinan merah berkilauan yang direka oleh pereka fesyen Sepanyol, Arturo Obegero.
Foto: Getty Images