Harry dan Ellis dilaporkan menjalin cinta pada awal tahun 2010 selepas penyanyi itu memutuskan hubungan singkatnya dengan Taylor Swift.
Pasangan itu dirakam buat kali pertama ketika menonton wayang di Glasgow, Scotland pada 2012, bagaimanapun Ellis menegaskan hubungan mereka sekadar platonik.
“Wah, mudahnya kalian menyebarkan khabar angin. Saya dan Harry hanya menikmati kopi bersama selepas hampir setahun tidak bertemu satu sama lain.
“Kami berkawan baik sejak di bangku sekolah menengah. Saya mempunyai teman lelaki bernama Phil jadi anda boleh berhenti menyebarkan khabar angin kerana kami tidak bercinta!” jelasnya di media sosial ketika itu.