Spekulasi terbaru percintaan pasangan ini muncul dua bulan selepas Harry dan pelakon-pengarah, Olivia membawa haluan masing-masing setelah dua tahun menjalin hubungan.
“Tiada dendam antara mereka. Harry tidak meninggalkan Olivia, begitu juga sebaliknya. Ini merupakan hubungan percintaan paling lama buat Harry, jadi jelas mereka mempunyai ikatan istimewa,” jelas satu sumber.
Tambahnya, perhubungan jarak jauh menjadi salah satu punca mengapa kedua-dua bintang Don’t Worry Darling itu membuat keputusan untuk berpisah sebelum perayaan Krismas.
“Mustahil untuk menjalin hubungan apabila Harry sibuk menjelajah dunia (konsert) pada tahun depan. Olivia pula perlu memberi tumpuan pada kerjaya dan anak-anaknya di sini. Ini keputusan terbaik untuk mereka berdua.”
Selepas berpisah, penyanyi berusia 29 tahun itu menghabiskan banyak masa di negara kelahirannya, England manakala Olivia pula membuat beberapa penampilan di karpet merah dan dilihat kerap meluangkan masa bersama dua cahaya mata, Otis serta Daisy yang dikongsinya bersama Jason Sudeikis.