Bekas bintang One Direction itu turut mengusik peminat dengan klip promosi berdurasi 40 saat. Dalam video itu, Styles berjalan keluar ke pentas dengan pakaian yang sama yang dipakainya dan tersenyum licik ke kamera apabila potongan kertas kuning iaitu bentuk sebuah rumah terangkat di sekelilingnya.
“Harry’s House” akan dibarisi 13 lagu, menurut Billboard. Album kali ini punyai lebih lagu daripada dua album sebelumnya dan pasti akan membuatkan Stylers menjadi kegilaan. Ia akan menjadi album ketiga yang dikeluarkannya sejak meninggalkan One Direction pada 2016.