Aktor dan penyanyi itu sering mengunci mulut mengenai hal ehwal percintaannya dan dijangka tidak akan mendedahkan hubungan romantisnya dengan Yan Yan kepada umum lebih-lebih lagi selepas perpisahannya dengan Olivia yang menjadi bualan dunia.
Sebelum dikaitkan dengan Yan Yan, Harry dilaporkan kembali menjalin cinta dengan kekasih lama, Ellis Calcutt setelah mereka dirakam meluangkan masa bersama di kota London pada awal Februari.
Pasangan itu dilaporkan menjalin cinta pada awal tahun 2010 selepas Harry memutuskan hubungan singkatnya dengan Taylor Swift. Mereka dirakam buat kali pertama ketika menonton wayang di Glasgow, Scotland pada 2012, bagaimanapun Ellis menegaskan hubungan mereka sekadar platonik.
“Wah, mudahnya kalian menyebarkan khabar angin. Saya dan Harry hanya menikmati kopi bersama selepas hampir setahun tidak bertemu satu sama lain. Kami berkawan baik sejak di bangku sekolah menengah. Saya mempunyai teman lelaki bernama Phil jadi anda boleh berhenti menyebarkan khabar angin kerana kami tidak bercinta!” jelasnya di media sosial ketika itu.
Baca: Penampilan Harry Styles Dalam Video Muzik Terbaharu Mengejutkan Peminat