Ternyata bukan semua mat saleh suka minum alkohol ya! 5 selebriti Hollywood ini membuktikan bahawa mereka berjaya menjalani kehidupan yang lebih sihat dan gembira tanpa alkohol.
1. Natalie Portman
Inilah rahsia kecantikan Natalie Portman! Dia pernah berkesperimen dengan alkohol ketika zaman kolej dan berhenti selepas itu. “Saya jarang pergi ke parti sekolah dan tak minum sehingga saya mencecah umur 20-an,” katanya.
Foto: IMDB
2. Demi Lovato
Demi Lovato sudah meninggalkan alkohol hampir enam tahun. Penyanyi ini juga mengaku pernah mengalami masalah kesihatan lain kepada peminat seperti bipolar disorder, bulimia dan self-harm.
Foto: Eonline
3. Shania Twain
Penyanyi country ikonik ini dikatakan tidak pernah mengambil alkohol, dadah dan dia juga seorang vegetarian. Tak hairanlah dia masih kelihatan fresh dan tampak muda dari usia sebenar.
Foto: Popsugar
4. Zac Efron
Pelakon kacak dan bintang High School Musical ini telah berazam meninggalkan alkohol dan dadah setelah dia dimasukkan ke pusat pemulihan pada tahun 2013 kerana ketagihan arak yang agak teruk. Good job, Zac!
Foto: eonline
5. Tyra Banks
Tyra pernah berkata bahawa dia tidak pernah mengambil dadah dan dia hanya pernah ‘merasa’ alkohol ketika berumur 12 tahun. Sehingga kini, Tyra merasa berbangga kerana tidak pernah mengalami ketagihan dadah dan alkohol.
Foto: Zimbio