Nama Henry Golding nampaknya tidak menunjukkan kesan surut malah makin hangat menjadi rebutan penerbit di Hollywood selepas cemerlang membawa watak Nick Young dalam filem blokbuster musim panas Crazy Rich Asians baru-baru ini. Dan hari ini Henry sendiri telah mengesahkan bahawa dia bakal beraksi dalam filem Last Christmas disamping bintang Game of Thrones, Emilia Clarke dalam filem hari natal karya aktres Emma Thompson dan arahan oleh Paul Feig.
https://www.instagram.com/p/Bn4bXSYBmXz/?taken-by=henrygolding
Aktor kacak berbangsa Iban Inggeris ini juga telah membintangi filem Hollywood keduanya disamping Blake Lively dan Anna Kendrick berjudul A Simple Favor juga arahan Paul Feig. Filem thriller ini baru membuka tirai minggu lalu di Amerika Syarikat sudah membuktikan kedudukan Henry sebagai anak emas dunia perfileman kini.
Sejak promosi Crazy Rich Asians, Henry menjadi buruan media malah telah mendapat tempat duduk “hangat” bersebelahan Anna Wintour di pertunjukkan fesyen Tom Ford di minggu fesyen New York baru-baru ini. Pelakon yang memulakan kerjaya hiburannya di Malaysia dalam bidang pengacaraan cukup bijak menampilkan dirinya di pentas antarabangsa dengan mengenakan sut segak setiap kali di karpet merah dan sudah muncul di pelbagai halaman majalah serata dunia.
Kita nantikan lagi berita menarik dari aktor kebanggaan Malaysia ini.
https://www.instagram.com/p/Bntdq_EhDL0/?taken-by=henrygolding
https://www.instagram.com/p/BnXbKJqAVvc/?taken-by=ehmalaysia
https://www.instagram.com/p/BnV2V2xBSPB/?taken-by=henrygolding