Beberapa bulan lalu saya duduk berbual hampir satu jam bersama Neelofa. Banyak yang saya bicarakan bersamanya, dan tiada satu saat pun Neelofa menyebut ‘off record’, lantas menjadikan temubual saya dengannya cukup telus. Saya kongsikan serba sedikit bicara kami di sini.
Apa yang boleh Lofa simpulkan tentang perjalanan karier Lofa sehingga ke hari ini?
Tahun depan genap 10 tahun usia perjalanan saya di dalam industri. Apa yang boleh saya rangkumkan, perjalanan saya sangat challenging but one of kind. Tiap cabaran itu ada pelajaran yang saya timba. Terlalu banyak benda yang berlaku dan saya bangga bila mana ada sesetengah perkara itu saya menjadi pioneer. Misalnya menjadi selebriti berhijab pertama untuk muka depan majalah tertentu, first hijabi menjadi duta untuk satu-satu jenama, menjadi hos wanita yang kekal untuk program hiburan paling lama di Astro dan macam-macam lagi.
Saya lihat Lofa sentiasa sibuk. Ada saja benda yang dibuat, jadul selalu padat. Bagaimana merehatkan diri?
Awal beberapa tahun pertama saya terjun ke industri memang susah saya nak enjoy my free time. Lepas satu, satu benda yang saya buat. Saya rasa sejak tahun 2016 barulah saya punya lebih masa untuk berehat. Orang nampak saya bersepah sana sini hari ini tapi hakikatnya hari ini saya lebih relaks. Sebab? Saya sudah ada team yang boleh dipercayai, semuanya ada peranan masing-masing. Jika dulu saya masih perlu cari baju sendiri. Hari ini semua orang yang bekerja dengan saya tahu peranan masing-masing dan boleh penuhi request saya.
Apa rasanya bila dibanding-bandingkan dengan artis lain?
Saya akui dua tahun pertama saya di dalam industri mencetus rasa trauma. Waktu itu saya terlalu hijau dan masih mentah memahami rentak industri. I was in fear. I don’t have any voice. Hampir setiap minggu saya muncul di Melodi. Saya diserang kanan kiri, sampaikan saya tertanya sendiri ‘apa ni? Sejak ada bisnes sendiri saya dah tak terusik pun dengan kata-kata orang. The trauma has gone. Saya sudah tidak peduli jika ada orang mahu membandingkan saya dengan orang lain. Cuma saya tak nafikan benda itu membuat saya berasa annoying. Saya ada kerja saya, artis lain ada kerja mereka sendiri, kami tak sama. Tapi nak buat macam mana, benda-benda beginilah yang orang suka, benda yang orang suka cakap dan batu apikan.
Lofa masih sendiri, pernah dihinggap rasa sunyi?
Ramai yang bertanya dan mahu tahu tentang kehidupan peribadi saya, tapi bagaimana mahu diterangkan saya tak tahu. Orang selalu tanya saya tak sunyi ke. Sejujurnya tidak. Alhamdulillah perasaan sunyi itu tiada, dan saya tak rasa yang saya perlukan seseorang pada waktu ini. Saya selalu bayangkan jika saya boyfriend ketika ini mesti susah saya nak lakukan kerja-kerja saya hari ini. Tambah-tambah lagi jika dapat yang clingy and needy. Bagi saya hidup solo juga adalah satu blessing. Jadi saya tak sakit kepala, you tahulah bila bercinta kita senang jiwa kacau. Hari ini saya tak perlu nak fikir semua itu, I don’t have to deal with that crap anymore. Saya ambil hal ini sebagai satu benda yang positif. Saya pun taknak cakap banyak-banyak sebab satu hari nanti bila berkahwin saya akan lalui juga benda-benda ni. Buat masa ini biarlah saya enjoy kehidupan solo saya, one day bila saya toleh ke belakang saya tahu saya ada kehidupan solo yang menyeronokan.
Tidak pernah berasa pressure untuk punya seseorang?
Dulu-dulu ya, tapi sekarang tak lagi. I know what I want!
Apa yang Lofa nak?
Something saya saja yang tahu!
Kredit
Gambar: Chintoo
Solekan: Khir Khalid
Penata Gaya Hijab: Nazlivingstyle