Hujung minggu lalu menyaksikan beberapa acara hiburan disajikan buat peminat muzik tempatan dan pentas di Sunway Lagoon Surf Beach menjadi saksi kepada ribuan peminat K-pop. Kehadiran Highlight, APink, BTOB, TeenTop, B1A4 dan Victon jelas sekali mengubat kerinduan kepada peminat kepada setiap kumpulan yang sekian lama menanti aksi pentas artis idola mereka.
Dibawakan oleh syarikat telekomunikasi terkini Mcalls, K-Wave Music Festival dan Galaxy Group yang berlangsung pada 5 Ogos lalu menghangatkan malam Sabtu itu dengan persembahan bertenaga masing-masing. Bermula dengan kumpulan baru, barisan anak muda dari kumpulan Victon yang sebelum itu sempat beramah mesra dengan peminat di butik pertama Mcalls Digital Lifestyle Store di Sunway Pyramid.
Juga sebagai jenama telekomunikasi yang mengutamakan keserasian mengikut gaya hidup, Mcalls turut mengumumkan siri kedua K-Wave Music Festival bakal menyusul dan semua pelanggan dan peminat K-pop boleh terus mengikuti perkembangan dari masa ke semasa melalui akaun Facebook dan Instagram Mcalls untuk maklumat lanjut dan berita terkini.
Klik sebelah untuk saksikan foto eksklusif serta klip persembahan mereka di K-Wave Music Festival Sabtu lalu.