Ariana Grande baru sahaja membuat pembukaan tournya di Oakland pada 6 Jun lalu dengan banyak kejutan.
“She’s back!”, peminat hujat konsert Ariana Grande kali ini membuat bulu roma mereka naik, walaupun hanya menonton dari video di media sosial. Banyak momen yang tidak disangka, ada yang membuatkan penonton menangis, ada yang mengimbau era-era terdahulu dan ada juga yang terus menjadi perbualan hangat dalam kalangan peminat.
Berikut merupakan antara highlight yang mencuri perhatian sepanjang konsert pembukaan Ariana Grande.
Mengakhiri Dengan Ascending Semasa Lagu Supernatural
Persis kulit album Eternal Sunshine, Ariana Grande menutup konsert dengan persembahan lagu Supernatural. Penonton dikejutkan apabila penyanyi itu tiba-tiba ascending dan levitating di udara menggunakan kabel dan harness khas, menghidupkan semula visual ikonik daripada album tersebut. Lebih mengagumkan, Ariana melakukan aksi itu sambil menyanyi.
Menggunakan Whip Dan Topeng Catwoman Ikonik Untuk Boy Is Mine
Menjadi antara momen kegemaran peminat pada malam pembukaan, Ariana tampil dengan topeng ikonik yang diinspirasikan daripada watak Catwoman bersama prop whip untuk persembahan The Boy Is Mine.
Elemen tersebut bukan sahaja menghidupkan jalan cerita lagu itu, malah membuatkan keseluruhan persembahan terasa lebih dramatik dan menyeronokkan.
High Note Semasa Dangerous Woman Kembali Selepas 7 Tahun
Berbeza daripada versi asal yang dikeluarkan pada 2016, Ariana memilih untuk menampilkan high note baharu yang lebih panjang dan berkuasa ketika riff gitar terakhir lagu tersebut.
Momen itu pantas tular di media sosial, dengan ramai menganggapnya sebagai bukti bahawa Ariana telah kembali dengan vokal yang lebih kuat.
Daripada Bun Kepada Ponytail Ikonik
“You like my hair? Gee, thanks, just bought it”, Ariana Grande melakukan transformasi rambut pertengahan pertunjukan di mana dia menurunkan sanggulnya untuk mendedahkan ponytail yang dulu pernah menjadi signature look. Dia juga mengusik peminat dengan melakukan “toss toss, legs” dari filem Wicked.
Staying Still Selama 15 Minit Sebelum Opening
Peminat terkejut apabila terdapat countdown 15 minit dan siluet Ariana dan juga penarinya di belakang langsir. Tanpa sebarang pergerakan, membuatkan orang berfikir ia hanyalah patung atau hologram.
Hanya selepas beberapa pergerakan kecil, barulah mereka sedar bahawa figura tersebut sebenarnya mereka sendiri. Sebaik sahaja kiraan detik tamat, dia terus memulakan lagu pembukaan, menjadikan aksi tersebut antara momen paling viral malam itu.
Mesin Looping
Satu lagi momen yang membuatkan peminat kagum adalah apabila Ariana membina lapisan vokalnya secara langsung menggunakan looping machine sebelum mempersembahkan Eternal Sunshine. Dengan meminta seluruh arena untuk kekal senyap sebelum mula merakam harmoni dan ad-lib satu demi satu.
Sebaik sahaja lapisan vokal itu lengkap, Ariana memulakan lagu tersebut dengan iringan vokal yang diciptanya sendiri secara langsung di atas pentas. Throwback kepada semasa Ariana menggunakan mesin ini semasa persembahan live untuk album ‘Positions’.
