Gambar: Media Sosial
Selepas Neelofa mengambil keberkatan Ramadan untuk berhijab, tiga lagi selebriti sebenarnya turut melakukan langkah serupa. Individu dimaksudkan ialah aktres popular, Datin Paduka Umie Aida dan pelakon muda, Ana Dahlia serta Uqasha Senrose.
Masing-masing mengakui semakin selesa menutup aurat sepenuhnya sekali gus ingin menjadi muslimah lebih baik sejak awal bulan puasa. Bukan mahu menunjuk-nunjuk sebaliknya perubahan mereka mula disedari hanya selepas melihat gambar terbaru artis terbabit di laman sosial.
Semoga penghijrahan mereka kekal abadi dan mendapat sokongan peminat dan seluruh masyarakat. Dan pastinya gaya santun mereka kini akan menjadi perhatian dan ikutan peminat memandangkan masing-masing memang bijak bergaya dan punyai citarasa dalam mengadun fesyen tersendiri.
Selebriti lain yang semakin anggun dengan hijab termasuk Mizz Nina, Shila Amzah, Natasha Hudson, Yuna, Fara Fauzana, Ummi Nazeera, Alyah dan ramai lagi.