Oleh: Farhana Fuad
Gambar: Instagram Rizman Ruzaini
Sebelum ini Erra pernah dilihat di laman sosialnya untuk cuba berhijab pada acara tertentu serta impiannya untuk berhijab pernah dikongsikan bersama pihak media sebelum ini. Menurutnya agar ianya datang dengan ikhlas dari hati untuk perubahan itu serta meminta peminat agar mendoakan niatnya itu dipermudahkan.
Menurut laporan media perdana, semalam tanggal malam nisfu Syaaban menjadi titik permulaan bagi aktres jelita ini untuk berhijrah sepenuhnya dari segi penampilannya. Sebelum ini juga Erra sudah mula kelihatan bertudung ketika menghadiri ke beberapa buah majlis rasmi serta yang paling terbaru, Erra turut mengenakan gaya tudung cantik dan menawan sebagai ‘muse’ bagi koleksi lebaran Rizman Ruzaini tahun ini.
Semoga penghijrahan Erra Fazira ini dipermudahkan serta menjadi inspirasi ramai.