Aktres, Elizad Sharifuddin terkejut terima panggilan dari Raja Permaisuri Agong, memberi kata-kata semangat selepas mengetahui Elizad difitnah ‘mandul’.
Khabar dihubungi Raja Permaisuri Agong dikongsi sendiri oleh Elizad menerusi satu hantaran di Instagramnya semalam. Dalam muat naik yang memaparkan gambar Tunku Azizah itu Elizad bercerita betapa terkejut dan terharunya apabila dia menerima panggilan tersebut, dan tidak menyangka Raja Permaisuri Agong dengan rela hati berkongsi pengalamannya menjalani prosedur In vitro fertilization (IVF).
“Would love to share this special moment . Hari ini hari yg sgt menggembirakan hati saya . Menerima panggilan telefon dari KDYMM Tuanku Permaisuri Azizah . Bertanyakan keadaan saya setelah Tuanku Permaisuri terbaca kisah yg mengatakan saya “ Mandul “ tempoh hari.”
“It really touch my heart with this beautiful call Tuanku . Terharu , terkejut , semua ada . Macam mimpi , dapat berckp dgn Tuanku Permaisuri yg saya sendiri jadikan idola dlm cerita perjalanan ivf saya . Sesungguhnya , Tuanku Permaisuri sangatlah prihatin dgn kisah saya yg bukanlah siapa-siapa. Tuanku berikan kata-kata semangat , bercerita sendiri tentang pengalaman Tuanku sebanyak 17kali tempuh perjalanan ivf . Memang menyakitkan . Hanya yg mengalami sahaja yg merasai,” tulis Elizad di ruangan kapsyen.
Elizad turut bercerita dia terlalu gembira dengan panggilan itu. Tiada perkataan yang tepat dapat menggambarkan perasaannya ketika itu. Katanya cara Tuanku Azizah berbual dengannya penuh dengan nilai-nilai keibuan.
“Sempat juga Tuanku selitkan “ Saya tgk drama awak sebelum2 ni , awak dah tak berlakon lagi?”Allahuakhbar . Terima Kasih banyak Tuanku Permaisuri. Really made my day. Ampun Tuanku,” tulis Elizad lagi.
Di hantaran tersebut Elizad juga sempat mengucapkan terima Kasih kepada TTC Squad yang sama-sama berjuang untuk merealisasikan impian memilik anak. Tambah Elizad lagi keterbukaannya berkongsi perjalanannya menjalani prosedur IVF adalah untuk memberi pengetahuan dan informasi kepada sesiapa yang mahu memiliki cahaya mata. Dia mahu semua tidak segan untuk mendapatkan bantuan pakar. Menurut Elizad dia bekerjasama dengan Sophea Fertility untuk prosedur IVF jadi baginya ini adalah ruang terbaik untuk berkongsi apa sahaja maklumat dan pengalamannya sendiri.
Seminggu lalu Elizad memuat naik satu komen netizen yang baginya sungguh melukakan. Tulisnya di hantaran itu, “Dimulakan dgn salam & Bismillahirrahmannirrahim . Pertamanya, jarang-jarang aku ni melayan komen2 “ bodoh “ mcm ni . Tapi bila kau menggunakan perkataan MANDUL , it really hurts me so bad. Kau Allah ke? Tahu aku ni mandul ke x? Boleh beranak ke tak?!!”
Di dalam Muat naik itu juga Elizad memberitahu bahawa dia sudah membuat laporan polis terhadap komen tersebut dan akan membawa kes ini kemuka pengadilan. Ramai rakan Selebriti dan netizen memberikan kata-kata semangat di ruangan komen. Majoritinya mendoakan agar hasrat Elizad tertuani suatu hari nanti.
Untuk Elizad kami di EH! doakan agar semua urusan dipermudahkan dan impian memiliki Cahaya mata dimakbulkan suatu Hari nanti. Insya-Allah.
Artikel Berkaitan: 12 Selebriti Wanita Paling Banyak Kali Berkahwin