Ramadan bakal melabuhkan tirai dengan kehadiran Syawal membuka lebaran baru. Menjelang hari yang diraikan, kita turut disajikan dengan pelbagai kisah dan teladan oleh syarikat gergasi yang menghasilkan iklan Aidilfitri yang cukup terkesan di hati.
Setiapnya menerapkan gaya hidup yang dipagari tradisi, nilai kekeluargaan dan kemanusian yang masih utuh tersemat nan dipotretkan di layar kaca untuk renungan kembali.
Semuanya dicipta dengan nilai yang tersendiri hingga mampu meninggalkan kesan kepada penonton, tidak kiralah sama ada mengundang titisan air mata mahupun membuat seisi keluarga tersenyum gembira.
EH! berkongsi iklan raya yang terus diingati tiap kali menjelangnya lebaran… sediakan tisu sebelum mula menonton ya!