Biarpun terlalu ramai peminat pasangan ini menyokong hubungan cinta mereka kembali berbunga, namun ada seorang individu paling penting dalam hidup mereka yang tidak merestui hubungan Selena Gomez dan Justin Bieber.
Ibu kepada Selena Gomez, Mandy Teefey menyatakan yang dia tidak gembira akan hubungan cinta antara anaknya dan Justin Bieber kembali bersemi.
Teefey memberitahu Gossip Cop yang mana dia tidak bercakap dengan Justin, walaupun menerusi sms selama bertahun-tahun tetapi Selena boleh hidup seperti mana yang dia inginkan, asalkan dirinya bahagia, selamat dan sentiasa sihat.
“Selena sudah dewasa dan boleh membuat keputusannya sendiri,” tambah ibu kepada Selena lagi.
Laporan US Weekly pada bulan lalu menyatakan, Teefey belum lagi bersedia untuk menerima kembali Justin dengan tangan terbuka dan Selena juga tidak berani untuk membawa penyanyi lagu What Do You Mean? itu ke makan malam sempena Thanksgiving bersama keluarganya dek kerana dia merasakan yang ibunya tidak akan menyetujuinya dan masih mempunyai isu kepercayaan terhadap bintang itu.
Justin dan Selena berpisah pada tahun 2014 dan kembali bersama selepas perpisahannya dengan The Weeknd pada Oktover lalu. Menurut sumber, “keluarga Selena terdapat banyak ketidakpastian terhadap bintang itu” tetapi Bieber “sangat berharap yang mereka boleh memberikannya peluang sekali lagi, tetapi dia tahu yang ia akan mengambil masa.”
Baru-baru ini Selena telah menukar gambar profil Instagramnya kepada gambar ibunya dan Teefey menafikan terdapat sebarang ketegangan di antara mereka dengan memaklumkan, “setiap hubungan ibu dan anak pasti ada percanggahan pendapat. Saya tidak mengawalnya seperti mana yang dibayangkan.”