Pergaduhan Prince Harry dan Prince William semakin kritikal berdasarkan sumber yang diterima daripada Daily Mail, “kenalan rapat mereka memberitahu pergaduhan mereka semakin teruk.”
William dikatakan tidak berpuas hati dengan cara Harry dan Meghan mengendalikan keberangkatan mereka daripada keluarga Diraja dan dia “terhina dengan komen Harry.” Dia juga merasakan Harry tidak menghormati sistem monarki dan Queen Elizabeth.
Tambahan, Harry juga dikatakan tidak gembira dan merasa disisihkan oleh keluarganya sendiri. Dia juga merasakan Meghan tidak diterima dengan baik dan Harry juga percaya yang anaknya Archie telah diabaikan oleh The Firm.
Nampak gayanya hubungan Harry dan William memang semakin dingin tetapi mereka adalah keluarga. EH! harap kedua-dua putera ini dapat menyelesaikan persengketaan mereka secepatnya.