Shahir Zawawi kini tampil mengaku yang dirinya mempunyai hubungan serius dengan pelakon popular, Erra Fazira.
Bahkan, Shahir sendiri menyatakan yang dirinya sudah bersedia untuk ke peringkat hubungan yang lebih matang.
“Bila tiba masa yang sesuai dan semuanya sudah pasti, saya tidak akan keberatan untuk berkongsi. Saya faham situasi Erra yang selalu tampil ke hadapan menjawab persoalan orang ramai mengenai hubungan kami,” ujar Shahir kepada Astro Gempak.
Juara Akademi Fantasia musim ke-8 ini juga memohon supaya peminat mendoakan hubungan mereka berkekalan dan bila tiba masanya yang sesuai, akan ada berita baik yang bakal mereka kongsikan.
Kehilangan Shahir di dalam industri hiburan tanah air selama tiga tahun sebenarnya disebabkan dirinya sibuk menguruskan perniagaan di kampungnya. Shahir turut berkata yang kini dirinya sudah bersedia untuk kembali ke dunia hiburan semula.