Umum tahu yang mana Hugh Jackman sebelum ini pernah menghidap kanser kulit tetapi kini dia didiagnos mempunyai kanser yang sama sekali lagi.
Bintang filem Logan ini berkongsi sendiri akan sel basal karsinoma yang kembali aktif di bahagian lapisan bawah kulitnya menerusi laman Twitter. Mujurlah sel kanser tersebut baru berada pada tahap awal.
Another basal cell carcinoma. Thanks to frequent checks & amazing doctors, all's well. Looks worse w the dressing on then off! WEARSUNSCREEN pic.twitter.com/IA7N6Ca3Oe
— Hugh Jackman (@RealHughJackman) February 13, 2017
Tulisnya di laman Twitter berserta gambar hidungnya yang berbalut turut pada masa yang sama menegaskan orang ramai supaya menggunakan krim tabir suria.
“Semuanya dalam keadaan baik dan kini kian pulih. Ia merupakan kanser kulit namun ia belum sampai ke tahap berbahaya. Ia adalah normal bagi saya yang mempunyai keturunan dari Australia. Percayalah yang mana sekali anda mengalami masalah sunburn, ia seakan petanda yang anda sudah mempunyai kanser. Saya seorang yang tidak gemar memakai krim tabir suria. Disebabkan itu saya adalah calon tepat untuk mendapat kanser ini,” ujar Hugh Jackman di dalam rancangan Live with Kelly baru-baru ini.
Baru-baru ini, Jackman mengakui yang mana dia sudah pun menjalani rawatan membuang sel kanser kulit itu untuk kali ke-6.