Hun Haqeem, nama yang sedang diberi perhatian peminat dunia seni. Dari lakonan dan terbaru aksi dan suaranya di pentas The Masked Singer Malaysia membuat peminat mula menunjukkan sokongan untuk dia bergelar penyanyi pula. Hun Haqeem ‘unzipped’ perjalanan seni dan objektif masa depannya bersama EH!
Warm and friendly, itu dua perkataan yang sangat tepat menggambarkan Hun Haqeem pada impresi pertama. Saya masih ingat pertama kali bekerja dengannya dua tahun lalu, dia banyak membuat seisi studio selesa. Dan penggambaran muka depan ini adalah kolaborasi kami kedua bersama. It was fun.
Dan saya perhatikan Hun seorang yang chill di depan lensa, dia terbuka mencuba pelbagai gaya walaupun mungkin ada yang luar dari kebiasaannya. Lagi satu saya perasan dia memang suka menyanyi. Apa saja lagu yang berkumandang dari corong spiker akan dilagukannya.
Sebelum menemubual Hun, saya mendengar semula podcast Studio Sembang Amelia Henderson. Dari pekongsian cerita itu saya dapat simpulkan Hun Haqeem adalah seorang yang berfikiran jauh. Kematangannya melampaui usia, dan dia sentiasa mencari jalan untuk memperbaiki hidup. Dan saya juga ada terbaca dalam satu temubual yang lain, Hun mahu membanyakan kerja amal atau CSR.
“Di luar negara ramai selebriti terlibat dengan CSR, itu adalah inisiatif mereka dalam memberi kembali kepada masyarakat. Aneglian Jolie dan Samuel L. Jackson adalah rujukan dan inspirasi. Samuel L Jackson misalnya ada banyak yayasan yang dia usahakan,” kata Hun.
Ikuti temubual saya bersama aktor yang meledak namanya menerusi ‘Kampung People’, ‘Imam Instant ustazah Scammer’ dan yang terkini gandingan bersama Daiyan Trisha di siri ‘W: Two World’ di platform Viu.
Perjalanan Hun untuk sampai ke tahap yang Hun berada hari ni, susah, biasa-biasa atau lancar?
Apa yang boleh Hun simpulkan ia satu kembara yang sangat uphill. Dugaan dan cabaran datang tapi pada kadar yang saya mampu ditempuhi. Perjalanannya tak senang tapi orang di sekeliling saya yang banyak membantu sekaligus mempermudahkan. Bila ada kesukaran, Alhamdulillah saya sering ditemukan dengan insan-insan yang amat senang membantu.
Pernah terfikir akan jadi selebriti dan terkenal?
Hun tak pernah sekali pun terbayangkan hidup Hun akan seperti hari ini. Hun tak terfikir nak jadi artis. Hun rasa guidance dan juga mungkin minat membawa Hun ke jalan ini. Bila kita dah biasa tengok movie sejak kecil, jadi kita ada minat nak involve dalam movie making. Angan-angan itu ada. Jadi bila dah diberi peluang menjadi pelakon, Hun rasa perlu buat dengan sepenuh hati.
Berapa tahun Hun bagi masa untuk diri Hun untuk terus berlakon?
Hun tak pernah target untuk jadi pelakon dan tak pernah tetapkan berapa tahun Hun nak leverage dari bidang ini. Hun lihat keberadaan Hun di sini adalah satu ruang untuk saya evolve. Mungkin dari pelakon dalam beberapa tahun mendatang Hun akan terlibat dalam tugasan yang lain pula. Mungkin dari sudut pengarahan pula.
Saya menemubual Mimi lana bulan lalu, dan dia berpendapat Hun antara pelakon lelaki berpontensi sebagai pelapis hero hari ini. Reaksi Hun?
Honestly Hun amat terharu apabila pelakon sebagus Mimi Lana melihat potensi yang Hun ada. Of course benda ni beri Hun lebih semangat dan juga menjadi motivasi untuk terus improve dan memberikan yang terbaik. Hun masih ingat lagi bila pertama kali di set ‘Cari Aku Di Syurga’ (tahun 2019), sangatlah nervous. Bayangkan untuk projek pertama Hun dah digandingkan dengan nama besar seperti Mimi Lana, Ariel Zafrel dan diberi pula watak sebagai suami Janna Nick, memang gemuruh. Tapi Alhamdulillah dengan bantuan dan tunjuk ajar orang-orang di set, semuanya dipermudahkan.
“Hun selalu ingatkan diri untuk sentiasa bersangka baik.”– Hun Haqeem
Bagaimana Hun berhadapan dengan rejection atau kegagalan?
Husnuzon. Bagi Hun penting untuk kita percaya dengan apa yang sudah Allah tetapkan untuk kita. Dan kita kena percaya yang Dia tetapkan itu adalah yang terbaik. Bila kita dah usaha, dah pergi casting, tapi kalau itu bukan rezeki kita, kita husnuzon mungkin ada hikmahnya. Atau mungkin memang kita tak sesuai pun dengan watak tu. Hun selalu ingatkan diri untuk sentiasa bersangka baik.
Apa projek akan datang?
Buat masa ini Hun mahu fokus pada proses pemulihan kaki. Jika ikut jangkaan doktor, Insya-Allah bulan Mac ini kaki Hun akan okey. Bulan depan jug Hun akan mula shooting siri baru untuk Astro Ceria. Ia satu projek yang Hun looking forward memandangkan ini kali pertama Hun berlakon untuk saluran ini. Dan selepas Raya akan menjalani penggambaran untuk filem terbaru. Hun juga dalam perancangan membukan gim.
Apa tiga perkara yang ingin Hun capai sebelum usia mencecah 30 tahun?
Pertama Hun nak ada lagu sendiri, keluarkan single. Keduanya Hun mahu bawa keluarga menunaikan umrah bersama-sama. Dan ketiga Hun mahu mencuba watak yang berbeza, watak villain misalnya. Hun mahu mevariasikan karakter menerusi projek yang akan menyusul di masa depan.
Hun kata mahu menyanyi, keluarkan lagu. Sejauh mana keseriusan Hun untuk menjadi penyanyi?
Hun tak mahu kata Hun mahu sekadar menyanyi. Keluarkan lagu sendiri adalah satu hal yang sudah lama Hun fikirkan cuma tak pernah diusahakan. Jadi Hun rasa sudah masa untuk Hun realisasikan dan melihat bagaimana sambutannya. Hun sendiri memang sukakan muzik dari dulu. Dan passion Hun kepada muzik sama besarnya sebagaimana minat Hun kepada dunia lakonan.
Apakah konsep lagu yang boleh peminat bayangkan dari Hun?
Masih lagi dalam pencarian, keluar masuk keluar masuk studio mencari yang sesuai. Jika ikutkan minat saya mahu mencuba lagu-lagu macam Julian Casablancas dan mungkin juga ballad atau orang sekarang kata lagu ‘galau’ tapi diberi modernisasi (ketawa).
Okey kita beralih ke soalan seterusnya, bagaimana Hun mengukur kejayaan? Apa indikasinya?
Ada banyak aspek yang boleh menjadi kayu pengukur. Bagi Hun respon peminat juga boleh diambil kira. Misalnya bila ada meet and greet, dan ada peminat yang beri reviu yang positif tentang karya kita, itu juga boleh dianggap satu kejayaan. Hun beri contoh bila ada peminat lelaki yang sukakan watak Jekfer, yang anggap mereka mahu jadi seperti Jekfer, sweet guy yang tak acah-acah macho, itu juga satu kejayaan kerana ia ada beri impak pada orang lain.
Bagaimana pula dengan anugerah?
Bagi Hun anugerah itu satu bonus. Itu memang yang Hun impikan sebagai pelakon, dan Insya-Allah masanya akan tiba. Dan anugerah itu juga adalah satu penanmbah kredibiliti kita sebagai pelakon. Tapi bagi Hun apa yang penting adalah usaha dan kerja keras dan apa impak karya kita kepada masyarakat.
Apa yang menjadi motivasi Hun?
Hun meletakkan orang lain sebagai sumber inspirasi dan motivasi. Pertama sekali keluarga. Hun selalu meletakkan mereka di ranking pertama sebagai sumber motivasi. Kedua, orang-orang yang percaya kepada Hun. Hun selalu ada rasa Hun ada tanggungjawab untuk buat mereka rasa proud. Ketiga semestinya ahli kelab peminat. Sokongan mereka adalah inspirasi. Bila tengok mereka menyokong aktiviti CSR yang Hun usahakan, cat sekolah misalnya, bagi Hun itu satu sokongan yang membuat Hun sangat terharu.
“Jika lalu MRR2, kalau ada masa saya akan singgah ke Kedai Sempoi, kerana abang-abang di situ yang banyak tolong saya zaman saya belajar tak cukup duit nak makan. Mereka orang yang percaya dengan saya dan yang membuatkan saya rasa saya adalah Haqeem, bukan Hun Haqeem yang orang kenal hari ini.”- Hun Haqeem.
Bagaimana Hun mengasingkan atau menyeimbangkan antara populariti dan ruang privacy?
Ia bergantung dengan siapa orang di sekeliling Hun, ia yang mentukan Hun adalah Hun Haqeem atau Haqeem. Orang-orang yang Hun jumpa setiap hari membuatkan diri Hun adalah Haqeem yang orang kenal dari dulu. Abang-abang di kedai makan yang saya pergi sejak zaman saya belajar, namanya ‘Kedai Sempoi’, antara orang yang akan treat saya seperti biasa, bukan Hun Haqeem, pekerja di KK Mart yang saya selalu beli ais krim, membuatkan saya rasa saya adalah Haqeem yang mereka kenal zaman saya belajar. Situasi-situasi ini yang membuatkan saya mengingatkan diri Hun, Hun adalah Haqeem, orang biasa yang orang-orang ini kenal.
Menjadi seorang yang popular boleh jadi satu situasi yang agak menekan (stres). Bagaimana Hun menjaga kesihatan mental?
Luangkan masa dengan your loved ones, keluarga sebagai contoh. Kadang-kadang orang yang terganggu kesihatan mentalnya akan fikir jauh sedangkan jawapan yang ada dekat je. Cari masa untuk bersama keluarga, insya-Allah ia adalah healing terbaik. Benda-benda simple pun boleh jadi terapi misalnya muzik dan exercise. Untuk Hun pula, main Lego dan pasang perabut juga boleh jadi satu terapi untuk mental. Kita perlukan distruction untuk kita fikirkan benda lain.
Kesihatan mental hari ini boleh jadi berpunca dari media sosial yang membuka ruang seluasnya untuk kita membandingkan diri dengan orang lain. Hun pernah membandingkan diri dengan kejayaan orang lain?
Tak pernah! Bagi Hun kita semua melalui fasa yang berbeza-beza. Waktu perjalanan kita juga lain. Allah maha adil. Ada orang berjaya cepat, ada orang sebaliknya. Kita kena percaya life is fair. Kita kena husnuzon, percaya dengan timing. Kalau kita tengok orang lain berjaya, kita sendiri pun tak tahu apa struggle yang mereka lalui.
Tapi betul macam Bidin cakap, hari ini cabaran untuk tak bandingkan dengan orang lain itu tak mudah. Hidup kita hari ini banyak bergantung dengan telefon. Buka phone je, akan nampak orang flex itu ini. Tapi kita sendiri kena ingatkan diri yang life is fair.
Apakah tiga perkara yang mudah untuk buat Hun feel good?
Good movie, good songs yang boleh buat Hun nak menari dan juga melihat budak-budak bermain sesama sendiri. I like watching kids being kid. Jaga budak-budak buat saya rasa happy.
Hun bagus beradaptasi dengan perubahan?
Hun boleh kata ya. Sebagai pelakon kita berjumpa dengan bermacam-macam orang, dan situasinya selalu berbeza-beza. Di set sendiri ada masanya apa yang terjadi tak sama dengan apa yang dirancang, misalnya tiba-tiba prop yang kita nak, tak ada. Tapi kita sebagai pelakon kena make it work dengan apa yang kita ada. Dan pengalaman-pengalaman dalam bidang kerja ini Hun bawa ke dalam kehidupan, beradapatasi dengan perubahan situasi.
Apakah karakter Hun sebagai seorang anak?
Saya seorang yang garang, strict, pengemas dan sangat menjaga keluarga.
Karakter Hun sebagai seorang kawan?
Pendiam, pendengar, tempat luahan jiwa dan penyelesai masalah.
Dan karakter Hun sebagai seorang boyfriend?
Saya seorang yang gila, gila, gila manja. Saya seorang yang suka menunjukkan kasih sayang. Saya juga seorang yang penyabar.
Hun sukakan attention dari pasangan?
Not too much (ketawa).
Lebih senang pasangan yang punya persamaan atau mahu yang berbeza?
Hun lebih suka yang berbeza. Hun seorang yang pemalu, jadi perempuan yang gila-gila, tak cover-cover mungkin lebih sesuai untuk Hun. Sebagai seorang yang introvert mungkin saya boleh mengawal dia, dan dia juga boleh mengimbangi karakter saya.