Lapan bulan berumah tangga, kehidupan pasangan K-Drama pujaan ramai, Hyun Bin dan Son Ye Jin kini diserikan dengan kehadiran anak pertama.
Menurut agensi MSteam Entertainment, Son Ye Jin selamat melahirkan seorang bayi lelaki pada 27 November lalu, beberapa hari lebih awal dari tarikh jangkaan bersalin.
Bintang The Last Princess itu kini sedang menjalani proses pemulihan di pusat jagaan selepas bersalin di Yeoksam, Seoul. Kedua-dua ibu dan bayi dilaporkan berada dalam keadaan sihat.