Hyun Bin dilaporkan tidak dapat menemani isterinya sewaktu kelahiran kerana menjalani penggambaran filem Harbin di Mongolia yang tamat pada 26 November, sehari sebelum bayinya dilahirkan.
Bagaimapun menurut portal Soompi, dia telah kembali ke Korea Selatan dan kini berada di samping keluarga kecilnya.
Jun lalu, Son Ye Jin berkongsi berita kehamilannya bersama peminat menerusi satu hantaran yang dimuat naik di Instagram.
“Hari ini dengan penuh berhati-hati saya ingin berkongsi satu khabar gembira. Sebuah kehidupan baharu telah hadir dalam hidup kami. Saya masih terkejut namun menikmati hari-hari mendatang. Saya berasakan perubahan yang berlaku dalam tubuh di tengah-tengah kebimbangan dan keterujaan. Kami akan melindungi anugerah tidak ternilai ini,” tulisnya.