Awal tahun ini Yankovic diumumkan sebagai subjek filem biografi dia mana dia akan turut terlibat di sebalik tabir sebagai penulis skrip bersama dan penerbit.
Jelas Daniel, memainkan peranan sebagai Yankovic (dan menyarung baju Hawaii yang merupakan trademark pemuzik itu) adalah satu tanggungjawab besar yang tidak dipandang ringan.
Dia mengakui amat berbesar hati kerana dapat memegang watak serta menghidupkan perjalanan peribadi dan kerjaya artis itu.
“Menyarung baju Hawaii ini adalah satu tanggungjawab berat yang saya tidak ambil mudah. Saya berbesar hati untuk berkongsi kepada dunia kisah benar mengenai kehidupan Yankovic yang penuh drama,” katanya.