Dalam laman blog BTS, penyanyi itu mendedahkan idea dan motif di sebalik melodi tersebut. Jelasnya, 2021 FESTA BTS yang akan datang memberinya motivasi untuk menghasilkan Bicycle.
Sepanjang Februari dan Mac lalu, dia menghabiskan banyak masa menunggang basikal dan idea untuk lagu tersebut muncul secara tiba-tiba.
Malah rasa cintanya pada aktiviti berbasikal diserlahkan dalam lirik iaitu ‘menunggang basikal dengan tangan didepakan apabila seseorang berasa sedih.’