Johnny membuat keputusan untuk melantik pasukan undang-undang baharu bagi kes saman fitnah terhadap Amber yang diadakan di Fairfax County Circuit Courthouse, Virginia, Amerika Syarikat.
Ini bermakna Joelle tidak terlibat dalam perbicaraan yang berlangsung bermula April hingga Jun 2022 yang menyaksikan kemenangan berpihak kepada aktor tersebut.
Tujuh juri sebulat suara memutuskan Amber bersalah kerana menfitnah Johnny dan mengarahkannya untuk membayar ganti rugi sebanyak RM66 juta.
Walau tidak lagi mewakili bapa kepada dua cahaya mata itu, Joelle tetap memberi sokongan padu dengan menghadiri beberapa perbicaraan di mahkamah.
Kelibatnya sempat dirakam memeluk erat tubuh Camille, salah seorang peguam yang mewakili Johnny di luar mahkamah pada 3 Mei lalu.