Tidak dapat dipastikan bilakah kedua-duanya mula menjalin cinta namun dilaporkan perhubungan mereka masih di peringkat awal.
Joelle yang bergelar ibu kepada dua cahaya mata kini sedang dalam proses bercerai dengan suami, Jonathan Rich yang dikahwininya pada Julai 2011.
Perhubungan Johnny dan Joelle gagal dihidu ketika itu kerana peminat hangat memperkatakan tentang spekulasi percintaan antara pelakon itu dan Camille.
Khabar angin itu terbukti tidak benar apabila Camille akhirnya mendedahkan pada Jun lalu bahawa hatinya telah pun dimiliki seorang eksekutif WeWork, Edward Owen.
Baca: Filem Adaptasi Perbicaraan Johnny Depp-Amber Heard Menemui Penonton Bulan Ini