Filem No Time To Die menyaksikan penampilan terakhir Daniel Craig selepas 15 tahun memegang watak sebagai James Bond.
Selepas pelakon berusia 54 tahun itu mengumumkan ‘persaraannya’ tahun lalu, nama beberapa selebriti terkenal disebut-sebut sebagai penyandang watak James Bond yang seterusnya.
Antara pelakon lelaki yang dikatakan layak bergelar ‘The Next 007’ adalah Rege-Jean Page, Tom Hardy, James Norton, Luke Evans, Henry Cavill, termasuk juga bintang tempatan yang mencipta nama di Hollywood, Henry Golding.