Namun Barbara Broccoli, penerbit eksekutif yang menerbitkan sembilan filem terakhir James Bond bersama abangnya, Michael G Wilson mempunyai pendapat berbeza.
Dia menjelaskan nama yang disebut-sebut dalam perbincangan sebagai pemegang watak James Bond dalam sekuel akan datang adalah bintang yang berjaya merangkul gelaran Sexiest Man Alive 2018, Idris Elba.
Pelakon berusia 50 tahun itu pernah muncul dalam beberapa filem hebat antaranya Concrete Cowboy, Pacific Rim dan Thor: Ragnarok.
Namun begitu, Barbara mengakui sukar untuk berbicara lanjut mengenainya buat masa sekarang walaupun dia difahamkan ramai peminat mahu melihat Idris Elba menyarung tuksedo Ejen 007.