“Kami kenal Idris, kami bersahabat baik dan dia merupakan pelakon luar biasa. Dan ya, namanya dibangkitkan dalam perbincangan tetapi sukar untuk berbicara lanjut mengenainya ketika watak itu masih diisi.
“Jadi kami membuat keputusan, selagi No Time To Die belum ditayang sepenuhnya dan selagi kami menikmati hasil keras Daniel yang luar biasa, kami tidak akan berfikir atau bercakap mengenai calon lain atau jalan cerita yang seterusnya. Kami hanya mahu menikmati momen ini,” katanya kepada podcast Crew Call Deadline.
Jika perkara ini menjadi kenyataan, Idris akan menjadi pelakon ketujuh yang menyandang watak James Bond, mengikut jejak langkah Sean Connery, George Lazenby, Roger Moore, Timothy Dalton, Pierce Brosnan dan Daniel Craig.
Bukan itu sahaja, dia juga bakal melakar sejarah sebagai pelakon kulit hitam pertama yang membawa watak tersebut dalam sejarah filem itu selama 60 tahun.
Foto: Getty Images
Baca: Transformasi Luar Biasa Noah Centineo Untuk Watak Adi Wira